Thursday, November 13, 2008

Tanda
ISTERI DERHAKA


Kita jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami.

Seorang isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha bermaksud:

"Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya". Kemudian aku bertanya lagi :"Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya."

(Riwayat Bazar dan al-Hakim)

Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: "Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya."

(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)


Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz.

Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya. Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka:

Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup."

(Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:

"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."

(Riwayat Muslim)

Ibnu ‘Asakir pula menyebut: "Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya."

Menyakiti hati suami

Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: " Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami."

(Riwayat Ibnu Majah)

Puasa sunat tanpa keizinan suami

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: "Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keluar rumah tanpa izin suami

"Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."

(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)

Meminta cerai daripada suami

Sabda Rasulallah sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud:

"Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara’ haram baginya bau syurga."

(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Isteri yang tidak menunaikan hajat suami

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:

"Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda isteri derhaka dan balasan buruk yang akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua, khususnya kaum isteri.
PERKELAHIAN SUAMI ISTERI

Kasih sayang perlu ada untuk menjamin kebahagiaan
sesebuah rumahtangga. Sebaliknya di dalam sebuah
rumahtangga kasih sayang sudah tidak ada, tidaklah
akan ujud perpaduan. Akibatnya, kalau ada sedikit
kesalahan, ia akan diperbesarkan. Inilah kata orang,
salah kecil jadi besar. kalau ada kasih sayang, salah
besar jadi kecil dan kalau salah kecil langsung tidak
nampak. jadi suami-suami adalah bertanggungjawab
memberikan kasih sayang terhadap isteri-isteri serta
memupuk dan mempertingkatkannya. Hasil dari para suami
menunjukkan sikap kasih dan sayang kepada
isteri-isteri akan terhibur hati di samping para suami
kerana hati mereka dijaga.

Di sinilah letaknya ilmu tasauf di dalam menjaga
kerukunan rumahtangga. Di sini jugalah akan
terlahirnya sifat-sifat yang terpuji seperti kasih
sayang, lemah lembut, pemaaf dan sebagainya.

Demikianlah di antara tindakan-tindakan suami terhadap
seorang isteri yang sudah melahirkan tanda-tanda
nusyuz atau tanda-tanda derhaka. Suami tidak
dibenarkan oleh syariat bertindak lebih dari itu
seperti memukul dan sebagainya. Lebih-lebih lagi
menjatuhkan talak ke atasnya. Begitu juga, suami
isteri yang demikian tidak wajar pergi mengadukan
masalah rumahtangganya ke pejabat-pejabat kadi.
Kerana, jalan-jalan syariat telah ditunjukkan Allah
swt.

Walau bagaimanapun, sudah memang sifat kejadian
manusia ini mengandungi salah silap akibat dari
kelalaian dan kelupaan. Ketika manusia ini lalai dan
lupa, maka ketika itulah berlaku nusyuz seorang isteri
terhadap suaminya. Jadi, walau pun kadang-kadang,
suami telah memberinya didikan dan asuhan dari segi
ilmu Tauhid, Fekah dan Tasauf, namun perbuatan nusyuz
itu tetap juga berlaku. Boleh jadi, dia telah
terang-terang menunjukkan perbuatan kederhakaannya
kepada kita.

Apakah yang harus dibuat oleh suami ketika itu?
Bolehkah suami-suami memukul isterinya ketika ini?
Jawabnya, tidak. Suami tidak dibenarkan oleh syariat
bertindak memukul isterinya, walaupun dia sudah
terang-terangan derhaka kepada suami. Kalau kali
pertama tadi, suami dikehendaki memberi nasihat dan
sebagainya, maka tindakan suami bagi peringkat kedua
ini ialah dengan berpisah tidur daripadanya.

Ertinya, suami yang mendapati isterinya menunjukkan
kederhakaannya dengan nyata boleh bertindak menjauhkan
diri daripada tidur bersama isterinya itu. Umpamanya,
isteri tidur di dalam bilik, suami tidur di luar,
bukan di luar rumah. Ketika suami bertindak itu,
tindakannya boleh diceritakan kepada isterinya itu.
Katakan yang kita bertindak demikian kerana mendapati
yang dia terang-terang menderhaka. Cuma, maklum
sajalah di dalam zaman moden ini yang mana lelaki
perempuan bergaul bebas. Mungkin dengan kita bertindak
begitu, dia buat tidak peduli sahaja kerana esoknya
ketika di pejabat, dia ada kawan lain untuk menghibur
hatinya. Kerana demikian, kadang-kadang tindakan kita
tidak memberi kesan kepada jiwanya yang sudah rosak.

Akibat dari itu, walaupun sudah sampai dua tiga malam
kita pisahkan daripada tidur bersama isteri, namun
kesannya tidak ada dan dia tetap juga menunjukkan
sikap nusyuz atau derhakanya kepada kita. Ertinya,
tindakan kedua tidak mendatangkan apa-apa. Maka itu,
syariat Islam membenarkan suami memukul isterinya itu
dengan syarat isterinya itu boleh mendapat manfaat.

Dalam hal ini, suami-suami hendaklah menilai kedudukan
isteri di tengah masyarakat. Boleh jadi, dia seorang
pendidik atau sebagainya yang mana kalau pukulan kita
itu boleh memalu dan menghinanya, menyebabkan dia lari
dari kita, ertinya pukulan kita itu tidak memberi
faedah apa-apa. maka tidak bermaknalah kalau kita
memukul isteri kerana dia berlaku nusyuz. Jadi syarat
kita memukul isteri di dalam firman Allah bermaksud:

“Akan isteri-isteri yang kamu takuti perderhakaan
mereka, berilah nasihat dan berpisah tidurlah kamu
daripada mereka dan pukullah mereka itu.” An Nisa’
:34

Boleh kita lakukan, tetapi syaratnya mestilah ia
memberi faedah. Kalau dengan kita memukul itu, ia
tidak memberi faedah apa-apa kepada isteri, maka dia
tidak boleh dipukul.

Maka syariat membenarkan suami tidak menegur sapa
isterinya dengan syarat tidak melebihi tiga hari.
Haruslah suami ingat bahawa tempoh yang membenarkan
hanyalah tiga hari. Jika lebih dari tiga hari hukumnya
haram. Ini adalah kerana diharap dalam tempoh tiga
hari itu, isterinya akan berubah menjadi kian baik
dari hari kesehari.

Seandainya setelah keempat-empat tindakan tadi
dilakukan oleh seorang suami, masih tidak ada
perubahan, maka ketika itu bolehlah suami tadi mengadu
kepada pejabat kadi. Pihak kadi akan menyiasat tentang
siapakah yang bersalah dan siapakah yang benar dan
berdasarkan fakta-fakta tersebut, pihak kadi akan
bertindak dalam menyelesaikan kes tersebut.

Jadi, kalau kita perhatikan di sini, jalan-jalan yang
dilalui dalam menyelesaikan masalah nusyuz seorang
isteri terhadap suami bukanlah sewenang-wenangnya.
Tidak boleh bagi seorang suami, apabila isteri baru
menunjukkan tanda-tanda nusyuz, dia terus bertindak
sehingga membawa kepada perceraian. Dan si isteri pula
hendaklah memerhatikan tanda-tanda yang membawa dia
kepada menderhakai suami kerana yang demikian itu
boleh menjebakkan dirinya kepada perbuatan haram.

Si isteri jangan sekali-kali menganggap enteng
sikap-sikap yang membawa kepada tanda-tanda nusyuz
atau derhaka itu kerana percuma sahaja mendapat dosa.
Sedangkan si suami yang sabar menempuh jalan-jalan
tadi, akan diberi pahala besar oleh Allah.

Para isteri hendaklah sedar betapa tanggungjawab
seorang suami itu adalah begitu berat sekali. Mungkin
isteri mudah sekali mengeluarkan kata-kata yang keras
dan lantang apabila suaminya menyuruh membuat sesuatu
yang tidak disukainya. Tetapi, tidakkah si isteri
terbayang betapa beratnya proses yang ditempuh oleh si
suami dalam hendak menyelamatkan rumahtangga daripada
hancur berkecai lantaran hendak menyelamatkan isteri
daripada terjun ke dalam neraka.

Di samping itu, kalau sekiranya si suami hanya
membiarkan isterinya tanpa dididik dan diasuh dari
segi syariat samada di bidang Tauhid, di bidang Fekah
ataupun di bidang Tasaufnya, apabila si isteri
melakukan dosa, percuma saja si suami menanggung dosa
itu bersama. Kerana seorang suami itu tidak akan
terlepas daripada soal jawab di akhirat nanti tentang
apakah yang telah dibuatnya terhadap anak-anak dan
isterinya.

Sebab itulah para suami mesti mewajibkan isteri-isteri
mereka mencari ilmu di bidang fardhu ain, kalau si
suami tidak boleh melepaskan tuntutan itu sendiri.
kalau si suami boleh mengajarnya sendiri, wajib dia
melakukannya tetapi kalau suami tidak boleh mengajar
anak isteri, wajib dia menghantar supaya mengaji
fardhu ain pada tuan-tuan guru, ustaz-ustaz atau
ustazah-ustazah. Inilah tanggungjawab yang amat berat
dipikul oleh seorang suami di samping tanggungjawab
menyediakan tempat tinggal, makan minum serta pakaian.

Kemudian para isteri juga tidak akan terlepas daripada
tanggungjawabnya sendiri terhadap suami. Ini dapat
kita simpulkan daripada hadis Rasulullah saw.
Pertamanya, seorang isteri itu mestilah ada maruah
terhadap suaminya. Ertinya, seorang isteri itu mesti
menjaga adab sopan serta tata-tertibnya di hadapan
suaminya. Dia tidak boleh menganggap suaminya macam
kawan-kawannya sahaja dan tidak boleh sama sekali
mengecil-ngecil dan merendah-rendah martabat suaminya.

Ini sering berlaku di zaman ini kerana antara suami
dan isteri kebanyakannya sudah kenal mengenal sebelum
berkahwin. Perbuatan itu sangat dilarang oleh syariat
dan hukumnya haram. Melalui pergaulan haram tadi iaitu
sebelum berkahwin, apabila mereka sudah diijab
kabulkan, masing-masing seperti dua orang kawan biasa.
Jadi si isteri merasakan suaminya sebagai teman biasa
sahaja hinggakan dalam panggilan pun, kedua-duanya
hanya berbahasa “I” dan “You” sahaja.

Padahal syariat menghendaki seorang isteri itu
sentiasa rasa malu terhadap suami, segan dan rasa
rendah diri terhadapnya. Isteri mestilah merasakan
yang suami itu adalah orang yang berkewibawaan, yang
dapat memimpin dan mendidiknya kepada jalan selamat
samada di dunia mahu pun di akhirat.

Yang kedua, seorang isteri mestilah menutup
penglihatannya terhadap orang laki-laki yang bukan
muhrimnya. Ertinya, seorang isteri tidak boleh
memandang orang-orang lelaki lain melainkan suaminya
dan lelaki yang sama muhramnya. Ini adalah kerana bagi
mengelakkan para isteri terpengaruh atau tertarik
kepada laki-laki lain.

Yang ketiga, seorang isteri itu mestilah patuh
terhadap perintah suami kecuali arahan-arahan yang
berlawanan dengan Al Quran dan sunnah. Umpamanya suami
menghalang isterinya dari mengerjakan sembahyang.
Isteri tidak boleh patuh kepada arahan itu.

Yang keempat, seorang isteri mestilah diam ketika
suaminya sedang bercakap. Syariat melarang para isteri
menyampuk-nyampuk cakap suami. Umpamanya, ketika suami
sedang bercakap, si isteri memotong cakap suami itu
tadi kerana maklum sajalah isteri-isteri zaman ini
kadang-kala memiliki keilmuan yang sama taraf dengan
suami. Tentulah si isteri merasakan yang dia juga
berhak memberi buah fikirannya. Dan tentulah dia tidak
mahu menjadi ‘Pak Turut’ sahaja.

Sebenarnya para isteri tidak boleh berbuat demikian,
walaupun mungkin dia lebih pandai daripada suaminya.
Dia mestilah diam dan mendengar saja setiap buah fikir
percakapan suaminya. Kalau pun dia perlu bercakap,
hendaklah dia menunggu sampai suami tidak lagi
bercakap. Tetapi selagi suaminya sedang bercakap, dia
mesti diam serta tunduk memberi penghormatan.

Yang kelima, seorang isteri itu mestilah berdiri
ketika suami datang kepadanya.

yang keenam, seorang isteri itu mestilah mengundurkan
diri ketika suami hendak tidur.

Yang ketujuh, si isteri hendaklah sentiasa memakai
bau-bauan untuk suami mereka agar dia dapat menarik
kasih sayang suaminya. Yang menjadi satu keanehan
ialah para isteri zaman sekarang, hanya akan berhias
dan berwangi-wangian ketika hendak pergi ke
majlis-majlis. Apabila di depan suaminya, dia tidak
kesah tentang dirinya. Sedangkan perempuan dilarang
oleh syariat untuk memakai bau-bauan ketika keluar
rumah hingga dihidu oleh orang lain.

Kelapan, seorang isteri mesti menjauhkan badannya
daripada berbau busuk. Dia mestilah sentiasa menjaga
kebersihan badannya supaya dapat memikat keinginan
para suami. hal ini tidak payah sangat hendak kita
sebutkan pada para perempuan zaman ini kerana sudah
memang trend kaum wanita zaman ini sentiasa menjaga
badannya. Kadang-kadang ada yang menahan dari makan
dan minum kerana hendak menjaga badan supaya sentiasa
ada ‘potongan’. Sampai kadang-kadang para suami pun
naik bingung melihat isterinya memelihara badan
sebegitu rupa.

Padahal kalau difikir-fikirkan, berapa lamalah sangat
tahannya badan kita ini. Paling maksima, 50 tahun.
Lepas itu badan pun entah ke mana. Sepatutnya yang
mesti dijaga sungguh-sungguh ialah ruh badan kerana
yang akan berhadapan dengan pertanyaan Allah ialah
ruh. Ruh jugalah yang akan merasai azab.

Yang kesembilan, seorang isteri wajib berhias di
hadapan suami. Di belakang suami isteri tidak wajib
berhias, lebih-lebih lagi jika boleh mendatangkan
fitnah.

Kesepuluh, isteri dilarang berhias ketika suaminya
tiada.

Kesebelas, si isteri jangan berkhianat kepada suaminya
ketika suaminya tiada di rumah. Juga tidak berkhianat
terhadap harta-harta suaminya. malah jika ada orang
datang ke rumah, tidak boleh dibenarkan masuk
sekiranya tidak mendapat keizinan suaminya.

Ketiga belas, si isteri mestilah merasa puas jika
sedikit diberikan suaminya. Ertinya, penghargaan yang
besar haruslah diberi terhadap pemberian yang kecil
oleh suami.

Keempat belas, isteri tidak boleh menolak sekiranya
suaminya berkeinginan terhadapnya. Dalam hal ini,
Rasulullah sendiri ada menyebutkan betapa pelawaan
suami itu mesti ditunaikan oleh isteri-isteri walaupun
di atas bonggol unta.

Kata Rasulullah lagi, kalau seorang isteri itu menolak
pelawaan suaminya bila tidur malam dan suaminya terus
tidur dalam keadaan marah, sepanjang malam itulah si
isteri dilaknat para malaikat.

Yang kelima belas, seorang isteri tidak boleh keluar
rumahnya tanpa izin dari suaminya. Sekiranya dia
keluar juga tanpa izin suaminya, seluruh makhluk di
dunia termasuk para malaikat akan melaknatinya
sehinggalah dia bertaubat dan kembali kepada suaminya.

Demikianlah di antara tanggungjawab seorang isteri
terhadap suaminya. Dan kalaulah para isteri dapat
memikul tanggungjawab tersebut, dia akan menjadi
isteri yang solehah. Dan di sini juga, para suami akan
dapat menyuluh para isteri masing-masing sejauh
manakah isteri-isteri mereka telah dapat dididik dan
memikul tanggungjawab tersebut.

“Adapun perempuan-perempuan yang soleh itu, mereka
yang taat kepada Allah dan suaminya dan memelihara hak
suaminya sewaktu suaminya tidak ada.”

Monday, November 3, 2008

IsteRi SoLehaH iDamAn SuaMi~

Sabda Rasulullah SAW:

“Sukakah kalian jika saya beritahu sesuatu yang digemari oleh lelaki?
Iaitulah “WANITA SOLEHAH”.
(Sifat mereka) apabila dia (suami) memandang kepadanya menyenangkannya dan
Apabila disuruh mentaati. Dan apabila suaminya tiada, maka dipelihara harta suami dan dirinya sendiri (maruah).”


Hak isteri terhadap suami (antaranya):
1. Mentaati suami dalam hal-hal yang tidak melanggar syariat.
2. Bersikap kasihan belas serta hormat kepada suami.
3. Memuliakan ibu bapa suami (ibu & bapa mertua).
4. Meminta izin suami untuk berpuasa sunat.
5. Sentiasa bersikap ‘malu’ kepada suami.
6. Menenangkan suami yang keresahan.
7. Sikap suami diterima dengan ‘sabar’.
8. Menghias diri di hadapan suami.
9. Merawat suami yang sakit.
10. Menolak disentuh lelaki lain selain suami & mahramnya (keluarga)

HukuM iStEri MeleTeri SuaMi~

"Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang- kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing. Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Ina menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya.

Dia tidak akan merasa susah mahupunpenat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu. Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya. Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman. Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat. Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya. " Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj kelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita. Ali Karramallahu Wajhah berkata: " Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan ." Aku bertanya, " Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? " Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat. "

MENGHERDIK

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakitidan menyumpah-nyumpah suaminya. Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa. Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah. Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. " Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya. Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringandan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad. Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s. a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorangsuri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya. Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya. Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya. Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satupemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi? " Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya. Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anakdan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya. Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah.

Sesungguhnya walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya. Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja. Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullahs. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka. Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. " Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kitasama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita. Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah. . SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang. Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA. TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkan semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilah dihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.

Wallahualam~

KeWaJiBan SeOraNg iStEri~


~Kewajipan Isteri~

Apabila suami sebagai ketua di dalam lumahtangga, maka isteri itu timbalannya yang mempunyai tugas dan tanggungjawab tertentu. Di antara tanggungjawab isteri ialah:

1. Bergaul dengan suami secara baik. Menuiut ulama Mazhab As-Shafie, wajib bagi isteri menggauli suaminya dengan baik.

2. Mengendalikan kerja-kerja rumah. Menurut riwayat Janzani, Rasulullah s.a.w menentukan kewajipan anaknya Fatimah mengurus rumah dan Ali mengurus kerja-kerja di luar rumah. (AI Mar'ah fi Tasawwuri Islam, m.s 105, oleh Abdul Muta'al AI Jibry).

3. Berhias untuk suami. Isteri hendaklah sentiasa berada di hadapan suami dalam keadaan menarik dan kemas. Dengan itu suami menjadi terhibur ketika di sampingnya. Tugas ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik oleh isteri kecuali mereka yang faham dan benar-benar perihatin.

4. Pujuk memujuk adalah penting dalam kehidupan rumahtangga. Ibn al-Aswad AI-Dualy berkata kepada isterinya:

"Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu marah, aku pula menenangkan kamu. Jika tidak janganlah kita bersama-sama. "

5. Isteri hendaklah taat kepada suami. Di dalam sesuatu tindakan, jangan sekali-kali membelakangkan suami, kerana dia ketua rumah-tangga. Jika hendak keluar rumah mestilah mendapat izin dari suami terlebih dahulu. Isteri pula hendaklah memahami tugas dan kewajipan suami di luar. Sekiranya ke@a itu untuk Allah S.W.T. dan RasuINya, ia mestilah menyokongnya, memberi galakan dan semangat dan menasihatinya supaya tidak berputus asa.

6. Wanita hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan nama suami. Wanita yang menjaga kehormatannya dianggap oleh Rasulullah S.A.W. sebagai wanita yang baik dan patut menjadi ukuran bagi lelaki yang hendak memilih isteri.

Inilah di antara kewajipan isteri terhadap suami. Apabila setiap pihak menunaikan tanggungjawab, akan berkembanglah mawaddah atau kasih sayang. Batas-batas dan tanggungjawab suami isteri ini ditetapkan oleh Islam sebagai peraturaif yang bertujuan mengukuhkan kehidupan dan hidup di dalam suasana ibadah kepada Allah S.WT. Rumahtangga akan hancur jika sekiranya setiap pihak mengabaikan tanggung-jawabnya. Dengan mengamalkan prinsip agama dengan betul, akan wujudlah keluarga bahagia yang merupakan tahap pertama pembentukan masyarakat Islam.

FaDhiLat SeoRang iSteri kpd SuaMinYa~

1. Memberi/membuat segelas air untuk suami :Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun

2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami :Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah

3. Perkhidmatan yang diberi pada suami :Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus

4. Menghamilkan benih suami :Fadhilat : mendapat pahala syahid

5. Isteri mandi Junub dengan suami :Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakirmiskin

6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak :Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang yangberguna dengandidikan agama yang sempurna. maka suami tetap mendapat pahala danmenjadi bentengdari api neraka. dan sekiranya isteri berkahwin lain,suami yanggmeninggal itu tetap dapatpahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.

7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan :Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah

8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya : Fadhilat : dia akan terus masuk syurga..


*wahai para isteri solehah... senang je nk buat kebaikan dan dijamin syurga oleh Allah swt.. dapatkan keredhaan suami anda selagi tidak bertentangan denga ajaran islam... InsyaAllah.."

iStEri SoLehAh~



"RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya. "Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.


Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.Sesungguhnya keredaan Allah terletakpada keredaan suami. Justeru,apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.


Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.


Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri.Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula,tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.Oleh itu wahai isteri, hendaklahberlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa,berakhlak mulia dan taat kepada suami. Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung diudara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencarikeredhaan Allah melalui keredhaan suami.


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepadaPenciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memilikimu."